MEMBACA kisah benar ketabahan seorang srikandi kecil berusia 10 tahun bernama Bara'ah. Kecekalan beliau mengharungi kehidupan menyuntik rasa insaf seluruh pembuluh darah. Menitis airmata sayu saat menyaksikan srikandi kecil ini melantunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran ketika kondisi beliau sedang koma. Subhanallah, srikandi kecil ini seorang penghafal ayat-ayat Allah. Moga Allah tempatkan beliau bersama roh para salafussaleh dan orang-orang beriman. Amin...
Ini adalah kisah gadis kecil berumur 10 tahun yang bernama Bara'ah. Orangtuanya merupakan doktor yang berasal dari Mesir dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik.Pada usia ini, Bar 'ah telah menghafal seluruh Al-Qur'an secara bertajwid, dia seorang anak yang sangat cerdas. Gurunya mengatakan bahawa dia sangat berbeza berbanding kanak-kanak seusianya. Keluarganya berkomitmen untuk Islam dan ajaran-ajarannya.
Suatu hari ibunya mulai merasa sakit perut yang parah dan setelah beberapa kali diperiksakan diketahuilah ibu bar'ah menderita kanser, dan kanser ini sudah di peringkat akhir.Ibu Bara'ah berfikir bagaimana caranya untuk memberitahu puterinya, terutama jika suatu hari nanti ia terbangun dan menemukan ibunya tak lagi berada di sampingnya.Inilah ucapan ibu bar'ah kepadanya, "Bara'ah, ibu akan pergi ke syurga lebih dahulu, tetapi ibu ingin kamu selalu membaca Al-Qur'an dan menghafalnya setiap hari, kerana ia akan menjadi pelindungmu kelak.
Gadis kecil itu tidak mengerti apa yang ingin disampaikan ibunya, tetapi dia mula merasakan perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ibunya mula dipindahkan ke rumah sakit dalam jangka waktu yang lama. Hari-hari selanjutnya menjadi sangat susah untuk dilalui Bara'ah. Gadis kecil ini menggunakan waktu sebaik pulang daripada sekolah untuk menjenguk ibunya di rumah sakit dan membaca al-Qur'an untuk ibunya hingga tiba waktu malam, sehingga ayahnya datang dan menjemputya pulang.
Suatu hari, pihak rumah sakit memberitahu ayah Bara'ah bahawa kondisi (keadaan) isterinya itu sangat buruk dan ia perlu datang secepatnya. Ayah Bara'ah segera menjemput Bara'ah dari sekolah dan menuju ke rumah sakit. Dapat dibayangkan bagaimana sedihnya hati seorang ayah bagaimana jika anak gadisnya akan membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Ketika mereka tiba di hadapan rumah sakit, ayah beliau meminta Bara'ah untuk tinggal di dalam kereta, agar dia tidak akan terkejut jika ibunya meninggal dunia.Ayahnya keluar daripada kereta bersama linangan air mata, beliau menyeberang jalan dengan tergesa-gesa supaya segera sampai ke rumah sakit, tetapi sebuah kereta tiba-tiba datang dalam keadaan laju lalu melanggar beliau. Ayah Bar'ah meninggal ketika itu. Kejadian itu berlaku di hadapan puteri beliau tersebut. Tidak dapat dibayangkan tangis gadis kecil ini pada saat itu...
Tragedi Bara'ah belum selesai sampai di sini, berita kematian ayahnya yang disembunyikan dari ibu Bar'ah yang masih di rumah sakit, namun setelah lima hari semenjak kematian suaminya, akhirnya ibu Bara'ah juga meninggal dunia.Kini gadis kecil ini sendirian tanpa kedua orangtua nya, orangtua teman-teman sekolah Bara'ah memutuskan untuk mencari saudara-maranya di Mesir, sehingga saudara-maranya dapat menjaga beliau.Kerana sekarang Bara'ah tidak mempunyai siapa pun di Arab Saudi.
Tidak berapa lama tinggal di Mesir gadis kecil Bara'ah mula mengalami kesakitan seperti ibunya. Keluarganya lalu membawa beliau menjalani pemeriksaan. Setelah beberapa kali pemeriksaan, di dapati Bara'ah juga mengidap kanser. Sungguh membingungkan kala Bara'ah diberitahu dia menghidap kanser. Inilah perkataan Bar'ah, "Alhamdulillah, sekarang aku akan bertemu dengan kedua orang tuaku". Semua teman dan keluarganya terkejut. Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi dan dia tetap bersabar dan ikhlas dengan apa yang telah ditetapkan Allah untuknya! Subhanallah..Orang-orang mula mendengar tentang penyakit Bar'ah dan ceritanya.
Pemerintah Arab Saudi memutuskan untuk mengurus dan mengirimnya ke Eropah untuk pengubatan penyakit ini. Salah satu saluran TV Islam (Al Hafiz TV) dapat menghubungi dengan gadis kecil ini dan meminta beliau untuk membaca al-Qur'an, dan ini adalah suara yang indah yang dilantunkan oleh Bar'ah
Mereka menghubungi lagi Bar'ah sebelum beliau pergi ke Coma (nama sebuah tempat) dan dia berdoa untuk kedua orangtuanya dengan menyanyikan Nasyid syahdu ini
Hari-hari yang dilalui membuatkan kanser menghuni seluruh tubuhnya, para doktor memutuskan untuk mengamputasi kakinya, dan ia telah bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah baginya. Beberapa hari setelah pembedahan amputasi kakinya, kanser menyerang bahagian otak beliau. Lalu doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan otak. Dan sekarang Bara'ah berada di sebuah rumah sakit di Eropah menjalani rawatan. Bara'ah mengharapkan doa kita....
(Berita terakhir Bara'ah meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...)
Kisah mengenai adik Bar'ah ni kalau xsilap sejak tahun 2009 lagi (kalau silap tolang betulkan ya :') )
p/s: hayatilah kisah benar mengenai Srikandi Kecil ini..semoga kisah beliau akan sentiasa segar d ingatan pembaca semua :')